Mereka!!!

Saturday, February 23, 2013

UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam 1 UiTM. 

Makluman kepada pelajar baru sesi MAC - JULAI 2013

- Pelajar akan mula mendaftar bermula pada 3 MAC 2013 sama ada pelajar lepasan matrikulasi mahupun lepasan diploma.

-Pada 3 Mac 2013 akan berlangsung pendaftaran kolej. Penempatan pelajar baru disediakan iaitu pelajar perempuan di Kolej Tun Mutahir dan pelajar lelaki di Kolej Tun Mamat. Yuran kolej sebanyak RM430 (satu sem) dikenakan. Pelajar diberi tempoh sebulan untuk melunaskan pembayaran. Pelajar baru tidak perlu bimbang akan penempatan kerana penempatan disediakan. Pelajar boleh membuat pendaftaran kolej seawal jam 9.00 pagi pada 3 MAC 2013.

- Bagi pelajar lepasan diploma yang sudah ada penempatan boleh terus mendaftar pada 4 MAC 2013 di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Pelajar haruslah berkumpul di perpustakaan aras 1 untuk proses pendaftaran. Pakaian adalah formal pada hari pendaftaran.

- Jika ada sebarang masalah pelajar boleh berhubung terus dengan pihak HEP UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 06-2857024

KAMI BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MENGUCAPKAN 

SELAMAT DATANG KE UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA




" AYUH MENJADI MAHASISWA MAHASISWI "

" MEWARISI KEPIMPINAN MENERAJU ANAK BANGSA"








ASMARUHAIZA ABD SAMAD
EXCO KEBAJIKAN & KHIDMAT MAHASISWA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA

from : MppUitmKbmSesi20122013 (FACEBOOK)

Jika ingin tahu lagi tentang UiTM Kampus Bandaraya Melaka 
klik sini ---> Kisah UiTM Kampus Bandaraya Melaka by Nor Faezah

1 comment:

sis92 said...

salam
junior datang :)
uitm dihatiku :D