Mereka!!!

Friday, February 22, 2013

TAK NAK NIKAH AWAL



Susahnya sekarang disebabkan umur dah 22 tahun dan ada rakan sebaya telah bernikah baru-baru ini. Tahun 2013 penuh dengan delima. Sememangnya nak nikah awal tapi bukan sekarang. Diri ini belum bersedia. Tapi Mama asyik suruh nikah awal. Masalahnya calon pun tak ada lagi. Siapa nak diri saya yang kurang matang ini. Bagi saya matang itu sungguh membosankan tapi perlu juga jadi matang sebab umur dah 22 tahun. Siap kena marah lagi dengan Ramdzan sebab asyik cakap tentang perkahwinan. Seronok memang seronok sebab Mama dah bagi lampu hijau. Tapi sejujur jujurnya memang tak sedia lagi. Duit untuk urusan perkahwinan masih tak ada. ZERO = KOSONG. Impian dan cita-cita nak ada wedding planner la. Wedding di hotel la. Wedding like a princess la. Perasan macam keluarga berada sahaja. Urm. Lagipun atleast nak nikah bila ada title PENSYARAH ke tak pun AKAUNTAN ke. Sekarang MAHASISWA lagi. For me, now is not the right time. Mungkin Ramdzan pun akan minta putus kalau berterusan topik yang dibincangkan dan dibualkan adalah perkahwinan. Memanglah semua nasihat untuk nikah awal elakkan maksiat by this time saya tahu jaga diri saya dan Ramdzan jauh di Johor. Jumpa pun bukan selalu jika ada perkara penting kami berjumpa di kampus. 27 Feb 2013 kali kedua jumpa sepanjang perhubungan jarak jauh. Masa saya serius nak nikah awal, Mama Papa tak setuju. Sekarang asyik tanya bila nak rancang nikah. Bila jawab 4 tahun lagi, ish lambatnya. Urm 4 tahun lagi baru umur 26 tahun. By that time, in shaa allah dah ada income maybe tak stable sepenuhnya. Atleast nak kahwin ada duit belanja kenduri. Memanglah duit belanja kahwin semua pihak lelaki yang perlu sediakan tapi for me, NO. Sebab saya ada cara saya dan minat saya untuk perancangan perkahwinan saya. Jadi, belanja yang melebihi bajet yang diberikan oleh pihak lelaki akan ditangguh oleh saya sendiri. Mama minta bakal suami saya atleast RM 30, 000 by this time umur baru 22 tahun dan siapa je yang ada that amount dalam saving account. Yakinla tak kalangan dato’ dan juga suami orang yang ada that amount. Lagi pun, saya sendiri ada impian saya nak ada business sendiri, rumah sendiri, kereta sendiri. Bukan saya tak nak kahwin tapi semua itu tak ada apa guna belajar tinggi2 later get married early without any asset in hand. Tambahan lagi, hutang PTPTN siapa nak tolong bayarkan? Suami? Urm hidup ni jangan asyik menyusahkan orang. Suami kita tu bukan bank kita. Tapi suami itu lebih dari segala. As after akad nikah, syurga bawah tapak kaki suami, dosa kita serpihannya tercalit pada suami. Urm. 22 tahun still young dan banyak lagi boleh buat daripada kahwin dan nikah. Penatlah dengar rayuan Mama suruh nikah awal. Siap cakap kalau Ramdzan ajak nikah, terimalah. Ramdzan pun belum sedia lagi. Baru sahaja bergelar graduan B.IB(HONS) next nak sambung belajar Master. Bagilah Ramdzan peluang bina karier dia dulu. Kenapa nak cepat sangat saya nikah dengan dia? Ish tak faham lah. Bukan Ramdzan sahaja nak sambung Master, saya ni pun nak sambung Master dan ACCA. Banyak lagi terbuku dalam hati ini. Di hati ini hanya tuhan yang tahu.

MAMA, SAYA TETAP DENGAN KEPUTUSAN SAYA: TAK NAK NIKAH AWAL. 




2 comments:

Akmalina The Great said...

Hoi, tadi kata takde calon. Then cerita pasal Ramdzan pulak. Ramdzan tu la calonnya. Nikah awal, bersanding kemudian pun bolehh

Aima said...

im not ready yet. Ramdzan also not ready yet ayat!