Mereka!!!

Sunday, September 18, 2011

Bicara hatiku

Kawan-kawan di kampus Segamat sedang bertungkus lumus meneliti buku-buku kerana tidak lama lagi mereka akan mengharungi final destination untuk sem 5. Kuatkanlah semangat kawan-kawanku.  Daku sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang dan gemilang buat teman-temanku di UiTM Segamat. Sedangkan kawan-kawan di kampus Bandaraya Melaka sedang sibuk mengatur langkah dalam memasuki sem 3 yang baru buka pad1 12 September 2011 lalu.

Daku masih daku yang sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti sekitar kampus. Walaupun begitu sempat juga daku meneruskan hobiku untuk membaca buku-buku ilmiah. Ini kerana RFN telah meninggalkan daku di kedai buku Popular Book Co di Jusco Melaka. Mata mengelir semua buku di rak AGAMA. Hati ini masih rasa diri ini perlu banyak mencari ilmu agama. Kadang-kadang isu agama dipersoalkan dan dibahaskan oleh rakan sebaya. Daku hanya mampu terdiam kerana masih belum cukup didada. Isu paling sensitif yang jadi bicara di kampusku isu bersalaman dengan berlainan jantina. Daku ada pandanganku sendiri. Namun, mungkin pandanganku jauh berbeza dengan ramai rakan sebaya ku di kampus. Untuk bersuara di pentas pendidikan perlulah bersiap sedia dengan bukti-bukti yang kukuh. Daku hanya mampu berdiam diri. Terasa kecil diri ini. Isu remaja yang hangat dibualkan di kampusku ialah isu percintaan dan perkahwinan.

Setelah ligat mata mencari buku untuk dibaca. Tangan ini mencapai buku yang bertajuk BIBIR MERAYU, HATI BERNAFSU. Diri ini tidak cukup sempurna. Dulu diri ini juga melakukan banyak dosa. Namun sekarang daku ingin tegas bangkit membimbing diri sendiri agar sedikit demi sedikit corak islamiyah terhias dalam diri ini. Setelah khatam membaca buku ini. Daku mempunyai sedikit pemahaman yang jelas tentang cinta.  Cinta sejati yang dicari seperti Cinta Nabi Sulaiman AS & Ratu Balqis, Cinta Nabi Yusuf AS & Zulaikha. Cinta tidak semestinya dimiliki dan Memiliki namun tidak dicintai. Ungkapan dalam buku tersebut. Terketuk hati ini setelah membaca. Daku ingin menetapkan nota-nota yang ada dalam hati bahawa cinta daku untuk si dia demi mendapatkan keberkatan Allah SWT. Andai daku terpisah dengan si dia, daku mohon pada Allah SWT agar hatiku redha dengan ketentuanNya. Cinta sejati hadir dengan niat suci untuk menjengah cinta terus di layar kehidupan perkahwinan. Hati ini terus berdoa.

Remaja sekarang mengalami krisis identiti, moral dan spiritual. Daku terkedu dengan pandangan pengarang penulis buku. Daku berdoa agar daku tidak termasuk dalam kalangan remaja yang mengalami krisis itu. Sekeliling ku sebenarnya banyak fenomena yang dijelaskan dari buku itu. Selama ini daku terus mengutip segala bingkisan cerita tanpa menganalisa cerita-cerita tersebut kerana hati ini terus khayal berfikir tentang percintaan dan perkahwinan. Daku berdoa agar daku sentiasa dekat dengan Allah SWT. Perkahwinan adalah tanggungjawab dan merupakan ibadat.

Sunday, September 11, 2011

Raya && Pembantu Mesra Pendaftaran

Rasanya belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua Umat Islam.
Alhamdulillah syukur sangat kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk berpuasa seBULAN di BULA RAMADHAN. 

Tahun ini sambut lebaran di SEMENYIH, SELANGOR.

Malam raya sibuk menyiapkan perkakas untuk digunakan pada esoknya.

MENU 

SATU SYAWAL : RENDANG AYAM && LEMANG
DUA SYAWAL : SATE AYAM, SATE DAGING && KUAH KACANG
TIGA SYAWAL : TOM YAM MAMA PAPA


Setiap malam bersiap-siap untuk menyediakan menu untuk esoknya. Syawal tahun agak sunyi sepi. Kami  beraya sekeluarga sahaja. Menjamu selera dengan juadah rendang ayam kemudian semula bersalaman raya. Perancangan untuk ke Rumah Terbuka Perdana Menteri di Putrajaya. Namun perancangan tinggal perancangan. 

Hari raya kedua menu sate. Semangat ma dan adik mencucuk daging dan ayam di lidi. Pagi esoknya bersusah payah menghidupkan bara untuk membakar sate hampir dua jam mengusahakannya. Buat kali pertama kali sekeluarga membakar sate. Maklumlah sebelum ini hanya pergi ke restoran Haji Samurai untuk menjamu sate. 

Tetamu khas iaitu Bakal Abang Ipar datang beraya di rumah. Kami sekeluarga duduk di dapur menyiapkan juadah untuk menyambut Abang Azhar. 

Hari raya keempat kami sekeluarga bertolak balik ke rumah kedua kami di Kuantan,Pahang. Sampai petang, dan terus BERSHOPPING barang-barang untuk pulang ke Kampus Bandaraya Melaka.

Esoknya tepat 9.30 pagi bas bertolak ke Melaka. Makan malam bersama keluarga Raja Farah Nabilah di KFC di Jaya Jusco, Taman Cempaka. Seawal pagi jam 9.00 pagi kami telah ke KBM melapor diri sebagai 
PEMBANTU MESRA PENDAFTARAN. Walaupun berbekalkan kerinduan kepada keluarga, kaki terus melangkah menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar. 

Senyum di pagi raya sebelum makan

Dzulamiril Hakimi & Dzulhasni Khomaini

Bergambar dengan adik-adik tercinta

 Senyuman di petang hari raya

 Aima Syamimi  ^_^

Akhir kata sebagai PEMBANTU MESRA PENDAFTARAN

SELAMAT DATANG
&
SELAMAT MEMULAKAN LAYAR-LAYAR KEHIDUPAN DI
UiTM 
KAMPUS BANDARAYA MELAKA.