Mereka!!!

Monday, June 13, 2011

MUET

Alhamdulillah

Sunday, June 12, 2011

membalas bebelan SITI NABIHA ROSLI

hari ini baru sepat nak baca blog
MY BFF


wah
&


tajuk entry dia...

betul kata Ms Mazilah.Nama itu memang mendoakan diri kita.
Nama membawa seribu makna dalam hidup kita.

Nama atau 'Ismun' dalam bahasa arab merupakan perkara yang paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu yang pertama yang diajar oleh Allah SWT kepada manusia pertama, Nabi Adam A.S ialah NAMA

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Rasulullah bersabda,

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)

dan maksud nama BFF saya

SITI = Gelaran bagi perempuan

NABIHA = Kecerdikan

topik degil ya

saya akui awak memang degil besties.

namun kedegilan mu ada rasionalnya. biarlah degil daripada anguh dan sombong. bersabarlah teman jika orang berkata-kata tentang diri kita. jika ada masalah marilah berkongsi. janganlah kawanku ini bersedih.kuatkan semangat.jangan cepat mengalah. jawatan adalah tanggungjawab. terselah daripada yang adalah bintang. jadilah bintang yang bersinar tanpa dihalang oleh awan-awan gelap. Saya mengenali diri awak. Awak mampu lakukannya.


p/s: i really miss u, Siti Nabiha Rosli



Saturday, June 4, 2011

Driving School Story Plus Cooking

Semalam tamatlah kelas amali dan teori bagi Pra L. Insha Allah minggu hadapan dapat lesen L. Sedih sangat sebab lama kena tunggu cikgu mengajar calon yang lain. Penat sangat tapi sabarkan separuh daripada iman. Tak lama lagi akan belajar memandu. Semangat!!! Seronok tengok orang lain boleh pandu kereta sekarang giliran diri sendiri. Wah kuatnya semangatkan. Padahal dalam hati cuak melampaui segalanya. Rancangan lepas dapat lesen nak memandu ke Segamat. Wah hebatkan? Kereta pon tak ade lagi nak pergi Segamat. Kemudian nak berbakti dengan Mama hantar Mama pergi kerja untuk hari Ahad. Rancangan seterusnya nak memandu ke Kuala Lumpur. Serius takut Karak Highway namun akan daku kuatkan hati. Biarlah pengalaman silam tidak mengganggu diriku lagi.

Habis Kelas Amali dan Teori, Cikgu Faisal hantar ke rumah. Berjalan kaki menuju ke Taska Sri Pinang untuk ambil adik pulang. Sampai rumah terus panaskan lauk untuk makan malam. Tiba-tiba gs di dapur sudah habis. Terus telefon Mama. Mama sampai rumah terus angkat tong gas untuk ke kedai. Terasa cam BODY BUILDER angkat tong gas. Serius berat. Kemudian pulang ke rumah, Mama kata lapar dengan langkah yang berat diriku tabahkan hati memasak makan malam. Hati geram keletihan namun fikir positif kawal emosi dan kuatkan hati untuk masak dengan seikhlas hati. Mama tidur keletihan. Mama bangun apabila daku sudah selesai masak dan membasuh baju. Merajuk tak mahu makan. Namun Mama pujuk untuk makan daku pun bingkas terus ke meja makan. Menu semalam ialah nasi putih, ikan masak asam, terung goreng tepung dan telur goreng.Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar.