Mereka!!!

Saturday, May 28, 2011

cerita cutiku kali ini

10 Mei 2011

Dah lama tak meng-update blog ini semua kerana keMALASan dan keSIBUKan. Faktor keMALASan kerana dah habis menjawab semua kertas peperiksaan. Bercadang untuk balik rumah namun hati masih berat meninggalkan rumah sewa tercinta di MELAKA. hhahaha semua kerana STREAMXY ada di rumah sewa tambahan lagi telah mula berjinak-jinak dengan game It Girl. Lagipun rancangan pertama sebelum balik ke rumah di KUANTAN ialah berhibur dengan teman-teman serumah sewa dan teman-teman JPK UiTM JOHOR. Kami (Normarina, Haniah, Azilah dan Amira) telah hang out bersama sampai tak ingat dunia. Sampai di Apartment Kenangan pada waktu subuh. Mula-mula keluar untuk tengok wayang kemudian terbatal niat tersebut kerana tiket wayang hanya ada seat depan sekali. Bertukarlah plan kami dengan menjamu selera di (alamak dah terlupa)...hah baru ingat di Windmill. Kemudian kami berlima berangkat ke Karok Room.Bernyanyi melepaskan keTEGANGan di dalam hati. Setelah hampir satu jam berkarok. Tamat tempohnya. Fahmi Fuad telah berjanji dengan sahabatnya untuk SHISHA.Gilalah tak pernah keluar lewat malam macam ini dan kemudian ikut mereka untuk HISAP SHISHA. Serius satu pengalaman baru. Wangi juga asap SHISHA. Tapi tak elok untuk kesihatan. Dengan hanya melihat mereka mengHISAP SHISHA masa berlalu dengan pantas. Kami dan Syafiq telah melepak di pantai untuk membincangkan hal PENTING lagi SULIT. Kami lepak di Pantai Marina. Setelah selesai berbincang kami telah bertolak ke Mac Donald kerana diserang PUNDI KENCING penuh dan PERUT keLAPARan. Setelah semua menjamu selera kami semua pun pulang. menunaikan solat subuh dan tidur.



11 Mei 2011

Kemudian beberapa jam terlena terus bangkit untuk bertolak ke Johor Bharu. Bukan untuk berjumpa BESTFRIEND. Namun ada terdetik di hati niat ingin berjumpa sebelum berangkat pergi ke Singapura. Pasti ada halangan terdetik di dalam hati. Memang benar ada halangan dia mendapat panggilan daripada pihak pentadbiran atas urusan penting. Benar kata hati.

Tiket bas ke Johor Bharu pada jam 5.30petang. Sepanjang dalam bas saya dan Amira Tarmugi tidur dengan nyenyaknya. Sampai di Johor Bharu, mereka (K.Aglimah, K.Hafizah, K.Lily, Ain, Peja, Lolly, Lieya, Farahlina) semua sudah berada di Mac Donald menjamu selera. Kami semua bergerak ke mall yang berhampiran. Kami menunggu Tour Guard kami iaitu K.Yana (JPK yang tersalah Sektor). Malam itu kami semua berSHOPPING di PASAR KARAT. Selesai BERWINDOW SHOPPING kami ke Money Changer untuk menukar duit kami ke Singpore Dollar. Satu Singapore dollar bersamaan dengan RM 2.38. Selesai membuat penukaran kami berangkat ke RUMAH ABANG SULONG K.Yana. Sangat hebat berumur 29tahun sudah mempunyai rumah sedemikian hebat, cantik, kemas. Untung dapat ABANG SULONG K.Yana bernama Azrul (kalau tak silap lah). Kemas. Borak. Bincang. Tidur.



12 Mei 2011


Suatu tanggal bersejarah walaupun hanya menjejakkan kaki hanya di Singapura. Dengan bekalan duit yang hanya cukup-cukup makan sahaja. Ini semua disebabkan pertukaran mod pembelajaran dari diploma ke ijazah sarjana muda. Mereka di sana sangat melangkah dengan cepat tidak seperti Malaysia. I'm speechless to say about this trip. It was awesome.

PERBELANJAAN DI SINGAPURA
Pengangkutan (Train & Bus) - $ 10.70
Tiket Masuk (Sentosa Island) - $2.10
Penginapan (Festive Hotel) - $33
Dinner (KFC) - $2.50
Breakfast (Roti) - $1.50
Universal Studios Singapore (tiket) - $64
Baju Hujan (USS) - $ 2
Penyimpanan Barang (Loker) - $2.80
Cenderahati (USS) - $ 14.80
Cenderahati (T-shirt I <3 Singapore/2pcs) - $ 5
Cenderahati (Key-chain) - $ 2.50
Total = $ 138.9 ( RM 330.58)
Balance $ 29.10


Universal Studios Singapore (USS)
1- Penguins Mercantile
2-Shrek 4-D Adventure
3- Donkey LIVE
4- Enchanted Airways
5- Canopy Flyer
6- WaterWorld
7- Jurassic Park Rapids Adventure
8- Treasure Hunters
9- Battlestar Galactica Human
10- Battelstar Galactica Cylon
11- Revenge of the Mummy
12- Accelerator
13- Lights, Camera, Action!

THE MOST AWESOME & WONDERFUL

BATTLESTAR GALACTICA HUMAN & CYLON
&
REVENGE OF THE MUMMY
&
JURASSIC RAPIDS ADVENTURE

16 Mei 2011 - 27 Mei 2011

Apabila pulang ke rumah ku di Kuantan. Hari Isnin terus bergelar guru. Guru Tadika Sri Pinang, Kuantan. Tepat 16 Mei 2011, kini bergelar CIKGU AIMA @ TEACHER AIMA. Mengajar pelajar berusia 4 tahun dan 6 tahun. Pengalaman yang timba sebagai guru ialah kesabaran. Mengajar subjek Bahasa Malaysia, English, Computer, Mathematics, Jawi, Bahasa Arab, Iq'ra dan Fardhu Ain, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Niat di hati ingin bekerja di CIMB Bank Kuantan akan tetapi terdapat beberapa kekangan. Gaji sebagai guru tadika ialah RM 400 sebulan. Untuk bulan Mei, kemungkinan dapat gaji RM 180. Gaji bulan Mei dikira berapa hari bekerja darab dengan RM20 sehari. Bagiku cukup. Insha Allah. Usaha belajar untuk mengajar. Lagipun cita-cita mahu menjadi seorang pensyarah perakauan. Moga-moga pengalaman di tadika akan dapat juga membantu keyakinan untuk menjadikan cita-cita realiti.

19 Mei 2011


Tarikh keramat buat pelajar Trek Pantas Perakauan. Mohd Zikri Mohd Thani telah memegang segulung SIJIL DILPOMA PERAKAUAN. Bertopi dan berjubah. Dia perolehi CPGA DEAN LIST. Alhamdulillah syukur. Tahniah MY BESTFRIEND. Maaf tidak dapat hadirkan diri ke Majlis Konvokesyen. Saya sedang bertugas di Tadika Sri Pinang. Memang hajat dihati ingin menyambut kejayaan dia namun kita hanya merancang Allah SWT menentukan segalanya. Daku sentiasa mengkagumi Mohd Zikri. Cita-cita ku selepas SPM ialah menyambung pelajaran seperti mana dia namun rezeki yang Allah SWT berikan ialah menyambung pelajaran di UiTM JOHOR Kampus Segamat Diploma Perakaunan. Syukur. Selama tiga semester berada di sana dengan semangat yang teman-teman di sana (BLUP BLUP Co. dan Mohd Zaini) dan juga nasihat serta sokongan daripada Mohd Zikri telah menjayakan diriku menggapai Dean List. Usaha, sokongan dan juga doa kepada Allah SWT mampu menjadikan ianya kenyataan. Terima kasih dan tahniah kepada dikau sahabat baikku.....Mohd Zikri Mohd Thani....


21 Mei 2011 & 28 Mei 2011


Daku dihantar oleh mama tercinta ke DRIVING SCHOOL. Insha Allah mama telah kotakan impianku untuk mengambil lesen memandu sebelum tamat pengajian ijazah sarjana muda di UiTM. Bermula dengan kursus KPP ( Kurikulum Pendidikan Pemandu). Selama 5 jam. Hatiku gembira bercampur takut ketika melihat pelajar-pelajar sekitarku menjalani latihan memandu. stelah mengalami kemalangan teruk di Lebuh Raya Karak sekitar usia 11 tahun diri ini kurang keyakinan apabila berada di dalam kenderaan namun setelah kuatkan hati akur juga. Ke semua sahabat baik Blup Blup Co. semuanya ada lesen memandu daku seorang yang belum memiliki status boleh memandu dan mempunyai lesen. Azri kata lebih kuranglah tak ingat dah lama sangat dia cakap"Awak tak yah lah amek lesen. Awak tue cepat panik!" Bila dengar Azri cakap begitu lagilah tak berani nak belajar. Namun bila dah dengar khubat panjang dari Cikgu Faisal tertelan air liurku. AKU BERANI!!! Insha Allah. Tanggal 28 Mei 2011 daku menduduki Ujian Statik (Komputer). Daku dapat 42/50. Kesalahan paling banyak di Seksyen B iaitu 7 soalan salah. Seksyen C salah 1 sahaja. Alhamdulillah syukur lulus. Minggu hadapan hari Khamis ( 2 Jun 2011) jam 8.00 pagi akan menjalani Kelas Amali di PMC, Kuantan, Pahang.

25 Mei 2011


TAHNIAH!! CONGRATULATION!! Kepada semua rakan-rakan DIPLOMA PERAKAUNAN.

Siti Nabiha Rosli 3.93
Norhafizah Mohd Zaini 3.87
Nabihah Anati Md Hamsani 3.80
Nur Muhammad Hirzi Mustapha Patullah 3.80
Norfarahin Md Nayan 3.55
Muhammad Azreen Duasa 3.47
Muhd Zaini Othman 3.47

nota: maaf kerana membocorkan rahsia anda semua. saya berani kerana saya tak ramai follower.hihihihi

Monday, May 9, 2011

Ingin mencari TEMAN HIDUP ketika belajar??? baca ni dulu ya kwn2ku..

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.

Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.

Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.

Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.

Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

"Dari Allah, Kepada Allah"

- Artikel iluvislam.com